Friday, September 16, 2016

Senaman



Senaman




Amalan gaya hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman.  Aktiviti senaman boleh kita   lakukan di mana-mana sahaja umpamanya di taman permainan, kawasan lapang, dalam   gymnasium atau di dalam rumah dengan peralatan senaman yang sesuai. Contoh senaman mudah adalah seperti berlari, bersukan, berjalan, dan senaman aerobik. Secara ringkas, setiap orang digalakkan untuk mempraktikkan amalan bersenam yang bermaslahat ini.


Kepentingan Senaman

1.Meningkatkan kecergasan fizikal.


Aktiviti senaman membolehkan darah mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik. Ketika bersenam, seseorang akan mengeluarkan peluh sekali gus membuang sisa toksik dari tubuh badan. Tubuh badan tidak akan mudah menjadi lesu dengan bersenam secara konsisten.






2.Mencapai berat badan unggul.


Aktiviti senaman membantu seseorang membakar kalori dalam badan. Hal ini penting kerana membolehkan seseorang mengawal berat badan dengan cara yang betul selain daripada kurang mengambil makanan. Dengan bersenam secara konsisten, paras kolesterol yang normal dapat dicapai.



3.Mencegah Penyakit.


Senaman mampu menguatkan daya tahan dan kekuatan tubuh badan supaya tidak mudah menghadapi penyakit berjangkit dan berbahaya. Senaman juga dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Selain itu, bersenam membolehkan seseorang menguatkan tulang belakang dan otot perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh dan sekaligus dapat mencegah sakit belakang.
   
4.Mengurangkan paras tekanan (stress).


Semasa bersenam, kita berpeluang untuk menenangkan fikiran dengan melakukan aktiviti yang berminat misalnya berenang, berbasikal, mendaki gunung dan sebagainya.


5. Mengeratkan hubungan.


Sekiranya bersenam bersama-sama dengan ahli keluarga atau kawan-kawan, kita boleh berinteraksi dan berkongsi maklumat sendiri dengan mereka. Secara tidak langsung, hubungan antara satu sama lain dapat dieratkan.






6. Menggalakkan berhenti dari merokok.

Aktiviti bersenam berupaya membantu seseorang berhenti daripada tabiat merokok yang membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain. Hal ini demikian kerana senaman seperti itu akan meningkatkan mood dan kesedaran serta tenaga. Ia dipercayai boleh menghilangkan stres akibat ketagihan rokok.




Langkah-langkah Menjalankan Aktiviti Senaman


1.Warm up


Sesi ini dilakukan selama 5 hingga 10 minit dengan lari setempat atau berlari perlahan-lahan (slow jog).

2.Senaman Regangan


Warm up diikuti dengan senaman regangan ke atas semua sendi dan otot badan; bermula daripada kepala hingga ke hujung kaki. Kedua-dua sesi ini penting untuk memberi persediaan kepada jantung, paru-paru, otot-otot dan sendi-sendi menerima tekanan semasa sesi senaman sebenar.


3.Senaman Sebenar


Selepas itu lakukanlah apa jua senaman yang diminati untuk sekurang-kurangnya selama 20 hingga 30 minit.


4.Cool Down


Setelah tamat sesi senaman, jangan lupa lakukan sesi menyejukkan badan atau cool down. Hentikan senaman secara perlahan-lahan lalu melakukan senaman regangan lagi ke atas semua otot-otot dan sendi-sendi. Senaman ini perlu mula daripada hujung kaki hingga ke kepala. Dengan cara ini segala asid yang terhasil semasa bersenam dapat dibuang, selain dapat mengelakkan keletihan dan kesakitan otot.

Maklumat Lanjut

Kesan-kesan Tidak Menjalankan Aktiviti Senaman

1.Penambahan Berat Keterlaluan

Jika tidak bersenam, tubuh badan tidak berpeluang membenarkan otot dan kalori untuk dibakar. Metabolisma juga akan menurun sehingga menyebabkan badan menyimpan kalori sebagai minyak.

2.Tahap Kesihatan Menurun

Kekurangan bersenam menatijahkan otot mengecil dan tubuh menjadi lembik dan kita akan mudah berasa letih. Kehilangan stamina dan tenaga juga akan berlaku.


3.Mengganggu Emosi

Bersenam boleh membantu tubuh anda melawan sebarang penghasilan bahan kimia yang menjadi punca perasaaan dukacita. Jika berhenti bersenam, seseorang berasa murung dan hilang keyakinan.

4.Otot Menggeleber

Otot akan bertukar kepada lemak apabila berhenti bersenam. Hakikatnya, otot akan mula mengecil dan menggeleber meskinpun kita telah mengurangkan pengambilan kalori dan berhenti bersenam.

6 comments: