Pemakanan
Sihat
Pemakanan sihat amat penting untuk membina tubuh badan yang sihat
daripada pelbagai aspek dalam kehidupan seharian. Pengambilan makanan yang
tidak seimbang akan mendatangkan banyak keburukan kepada seseorang sehingga
menjejaskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Oleh itu, kita perlulah
mempraktikkan pengamalan makanan yang berkhasiat dari semasa ke semasa.
Kepentingan mengamalkan pemakanan sihat
1.
Mengekalkan tubuh yang sihat.
Manusia yang menjaga aspek pemakanan akan mendapat fizikal yang lebih baik. Pembinaan tubuh badan yang kuat merupakan hasil daripada penerimaan semua keperluan zat yang diperlukan. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.
2. Menghindari penyakit yang berbahaya
Manusia yang mempraktikkan pemakanan seimbang akan mendapat khasiat yang secukunya. Selain itu, seseorang itu juga akan mempunyai tubuh badan yang lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit seperti strok, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
3. Mampu mengawal kadar obesity.
Manusia perlulah mengambil makanan dalam kualiti yang kecil
tetapi mempunyai khasiat yang cukup diperlukan oleh badan untuk menjaga
kesihatan diri. Pengawalan makanan menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu
gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutamanya
senaman yang mampu menyihatkan badan.
4. Mendapat otak yang cerdas.
Zat
makanan yang secukupnya membolehkan seseorang itu cerdas dan tidak mudah letih
dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu boleh
berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan
individu yang tidak seimbang daripada aspek pemakanannya.
Langkah-langkah Mengamalkan Pemakanan Sihat
• Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula, lemak atau garam yang tinggi.
•Makan dalam jumlah yang kecil dan
berkhasiat.
•Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
•Nikmati pelbagai jenis makanan yang berkhasiat dan bervitamin.
•Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama -
sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
•Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
1. Seseorang itu akan mengalami obesiti.
2. Tubuh badan akan menjadi lesu dan tidak bertenaga.
3. Mudah menghadapi penyakit berjangkit.
Maklumat ini amat berguna
ReplyDeleteTerima kasih, Ning Tan.
Deleteterima kasih atas maklumat anda😁
ReplyDeleteBlog ini bagus untuk menyedar orang awam tentang kepentingan pemakanan sihat akan membawa kesan berat kepada badan seseorang.
ReplyDeleteTerima kasih.
Delete