Friday, September 16, 2016

Pengenalan

Pengenalan

        Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat adalah menjaga kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, aktiviti senaman, mengawal emosi diri, tabiat hidup yang sihat dan banyak lagi. 

rajah 0.1

Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.

Senaman



Senaman




Amalan gaya hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman.  Aktiviti senaman boleh kita   lakukan di mana-mana sahaja umpamanya di taman permainan, kawasan lapang, dalam   gymnasium atau di dalam rumah dengan peralatan senaman yang sesuai. Contoh senaman mudah adalah seperti berlari, bersukan, berjalan, dan senaman aerobik. Secara ringkas, setiap orang digalakkan untuk mempraktikkan amalan bersenam yang bermaslahat ini.


Kepentingan Senaman

1.Meningkatkan kecergasan fizikal.


Aktiviti senaman membolehkan darah mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik. Ketika bersenam, seseorang akan mengeluarkan peluh sekali gus membuang sisa toksik dari tubuh badan. Tubuh badan tidak akan mudah menjadi lesu dengan bersenam secara konsisten.






2.Mencapai berat badan unggul.


Aktiviti senaman membantu seseorang membakar kalori dalam badan. Hal ini penting kerana membolehkan seseorang mengawal berat badan dengan cara yang betul selain daripada kurang mengambil makanan. Dengan bersenam secara konsisten, paras kolesterol yang normal dapat dicapai.



3.Mencegah Penyakit.


Senaman mampu menguatkan daya tahan dan kekuatan tubuh badan supaya tidak mudah menghadapi penyakit berjangkit dan berbahaya. Senaman juga dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Selain itu, bersenam membolehkan seseorang menguatkan tulang belakang dan otot perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh dan sekaligus dapat mencegah sakit belakang.
   
4.Mengurangkan paras tekanan (stress).


Semasa bersenam, kita berpeluang untuk menenangkan fikiran dengan melakukan aktiviti yang berminat misalnya berenang, berbasikal, mendaki gunung dan sebagainya.


5. Mengeratkan hubungan.


Sekiranya bersenam bersama-sama dengan ahli keluarga atau kawan-kawan, kita boleh berinteraksi dan berkongsi maklumat sendiri dengan mereka. Secara tidak langsung, hubungan antara satu sama lain dapat dieratkan.






6. Menggalakkan berhenti dari merokok.

Aktiviti bersenam berupaya membantu seseorang berhenti daripada tabiat merokok yang membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain. Hal ini demikian kerana senaman seperti itu akan meningkatkan mood dan kesedaran serta tenaga. Ia dipercayai boleh menghilangkan stres akibat ketagihan rokok.




Langkah-langkah Menjalankan Aktiviti Senaman


1.Warm up


Sesi ini dilakukan selama 5 hingga 10 minit dengan lari setempat atau berlari perlahan-lahan (slow jog).

2.Senaman Regangan


Warm up diikuti dengan senaman regangan ke atas semua sendi dan otot badan; bermula daripada kepala hingga ke hujung kaki. Kedua-dua sesi ini penting untuk memberi persediaan kepada jantung, paru-paru, otot-otot dan sendi-sendi menerima tekanan semasa sesi senaman sebenar.


3.Senaman Sebenar


Selepas itu lakukanlah apa jua senaman yang diminati untuk sekurang-kurangnya selama 20 hingga 30 minit.


4.Cool Down


Setelah tamat sesi senaman, jangan lupa lakukan sesi menyejukkan badan atau cool down. Hentikan senaman secara perlahan-lahan lalu melakukan senaman regangan lagi ke atas semua otot-otot dan sendi-sendi. Senaman ini perlu mula daripada hujung kaki hingga ke kepala. Dengan cara ini segala asid yang terhasil semasa bersenam dapat dibuang, selain dapat mengelakkan keletihan dan kesakitan otot.

Maklumat Lanjut

Kesan-kesan Tidak Menjalankan Aktiviti Senaman

1.Penambahan Berat Keterlaluan

Jika tidak bersenam, tubuh badan tidak berpeluang membenarkan otot dan kalori untuk dibakar. Metabolisma juga akan menurun sehingga menyebabkan badan menyimpan kalori sebagai minyak.

2.Tahap Kesihatan Menurun

Kekurangan bersenam menatijahkan otot mengecil dan tubuh menjadi lembik dan kita akan mudah berasa letih. Kehilangan stamina dan tenaga juga akan berlaku.


3.Mengganggu Emosi

Bersenam boleh membantu tubuh anda melawan sebarang penghasilan bahan kimia yang menjadi punca perasaaan dukacita. Jika berhenti bersenam, seseorang berasa murung dan hilang keyakinan.

4.Otot Menggeleber

Otot akan bertukar kepada lemak apabila berhenti bersenam. Hakikatnya, otot akan mula mengecil dan menggeleber meskinpun kita telah mengurangkan pengambilan kalori dan berhenti bersenam.

Thursday, September 15, 2016

Pemakanan Sihat

 Pemakanan Sihat
      Pemakanan sihat amat penting untuk membina tubuh badan yang sihat daripada pelbagai aspek dalam kehidupan seharian. Pengambilan makanan yang tidak seimbang akan mendatangkan banyak keburukan kepada seseorang sehingga menjejaskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Oleh itu, kita perlulah mempraktikkan pengamalan makanan yang berkhasiat dari semasa ke semasa. 

 Kepentingan mengamalkan pemakanan sihat

1.           Mengekalkan tubuh yang sihat.
Manusia yang menjaga aspek pemakanan akan mendapat fizikal yang lebih baik. Pembinaan tubuh badan yang kuat merupakan hasil daripada penerimaan semua keperluan zat yang diperlukan. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. 



2. Menghindari penyakit yang berbahaya

Manusia yang mempraktikkan pemakanan seimbang akan mendapat khasiat yang secukunya. Selain itu, seseorang itu juga akan mempunyai tubuh badan yang lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit seperti strok, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.



3.           Mampu mengawal kadar obesity.


Manusia perlulah mengambil makanan dalam kualiti yang kecil tetapi mempunyai khasiat yang cukup diperlukan oleh badan untuk menjaga kesihatan diri. Pengawalan makanan menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutamanya senaman yang mampu menyihatkan badan.




4.           Mendapat otak yang cerdas.

Zat makanan yang secukupnya membolehkan seseorang itu cerdas dan tidak mudah letih dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu boleh berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang tidak seimbang daripada aspek pemakanannya.




Langkah-langkah Mengamalkan Pemakanan Sihat


• Kurangkan pengambilan makanan yang  mengandungi gula, lemak atau garam yang tinggi.
  



•Makan dalam jumlah yang kecil dan berkhasiat.


•Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.  


Nikmati pelbagai jenis makanan yang berkhasiat dan bervitamin.

 

Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama -
 sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)

•Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.


 Kesan-kesan Tidak Mempraktikkan Amalan Pemakanan Sihat




1. Seseorang itu akan mengalami obesiti.


2. Tubuh badan akan menjadi lesu dan tidak bertenaga.


3. Mudah menghadapi penyakit  berjangkit.


4. Osteoporosis berlaku kerana kurang kalsium.

Maklumat Lanjut

Kebersihan Diri

Kebersihan Diri

Pengenalan
Menjaga kebersihan merupakan satu amalan yang penting dalam kehidupan kita. Lazimnya, kebersihan diri perlu disemai sejak dari kecil lagi. Hal ini merupakan menjaga kebersihan membawa pelbagai faedah kepada diri kita.

Kepetingan menjaga kebersihan diri
1.  Kesihatan kita terjamin
2.  Membentuk otat yang cergas
3.  Membentuk badan yang sihat
4.  Disukai oleh orang lain
5.  Memberi keselesaan hidup

Cara Menjaga Kebersihan Diri
1.  Mandi rutin 2 kali sehari, sehingga keringat, debu, dan kotoran tak menempel di tubuh.
2.  Keramas 2 hari sekali sehingga ketombe tak muncul, dan rambut selalu sehat serta kuat.
3.  Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan, serta sehabis beraktivitas di luar.
4.  Menyikat gigi, membersihkan telinga, dan juga sela-sela tubuh yang sulit dicapai dengan teliti.
5.  Membersihkan kamar mandi, setidaknya seminggu atau 2 minggu sekali.
6. Mencuci dan menjemur pakaian secara teratur, terutama pakaian yang digunakan sehabis bepergian.


Rumusan
Amalan kebersihan haluslah dilaksanakan seiap masa supaya terhindar daripada sebarang penyakit. Kita juga akan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati dan disanjungi tinggi dengan adanya pendedahan terhadap kepentingan kebersihan. Justeru itu, konsep menjaga kebersihan peril disemai dan diperturunkan daripada generasi ke generasi yang lain. Kata-kata hikmat, “Negara Bersih,Rakyat Sihat; Badan Sihat, Otat Cergas”.

Tuesday, September 13, 2016

Tabiat Hidup Sihat

Tabiat Hidup Yang Sihat
Pengenalan

Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia yang mula sedar akan kepentingan menjalani hidup sihat. Namun, masih terdapat antara kita yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting. Oleh itu, haruslah kita sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih sejahtera supaya mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat merupakan satu daripada syaratnya.

Tabiat Hidup Yang Sihat


    1.       Makan mengikut jadual.
    ·                 makan mengikuti Piramid Makanan.
     ·                 makan pada masa yang tepat.
     ·                 makan bersama keluarga.
     ·         tidak menonton televisyen semasa makan.
   2.       Menjaga kebersihan persekitaran.
   3.       Atasi stress.

   4.       Pastikan rehat dengan cukup.




Tabiat Hidup yang Tidak Sihat
1. Merokok
2. Sering makan makanan ringan
3. Tidak cukup masa rehat dan masa tidur

4. Ketagihan alkohol    
    

5. Perlakuan seks bebas

6. Amalan tidak bersarapan pagi


Kesan Mengamalkan Tabiat Hidup yang Tidak Sihat

1. Obesiti

2. Menjejas Kesihatan Diri

3. Tidak disukai oleh orang lain

4. Pertumbuhan badan tidak dapat disempurnakan

5. Kahsiat badan kekurangan


 #Oleh itu, kita perlu mengelakkan tabiat hidup yang tidak sihat manakala mengmalkan tabiat hidup yang sihat.