Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat adalah menjaga kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, aktiviti senaman, mengawal emosi diri, tabiat hidup yang sihat dan banyak lagi.
rajah 0.1
Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.
Amalan gaya hidup sihat
juga meliputi aktiviti senaman. Aktiviti senaman boleh kita lakukan di
mana-mana sahaja umpamanya di taman permainan, kawasan lapang, dalam
gymnasium atau di dalam rumah dengan peralatan senaman
yang sesuai. Contoh senaman mudah adalah seperti berlari, bersukan, berjalan,
dan senaman aerobik. Secara ringkas, setiap orang digalakkan untuk
mempraktikkan amalan bersenam yang bermaslahat ini.
Kepentingan Senaman
1.Meningkatkankecergasan fizikal.
Aktiviti senaman membolehkan darah
mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik. Ketika
bersenam, seseorang akan mengeluarkan peluh sekali gus membuang sisa toksik
dari tubuh badan. Tubuh badan tidak akan mudah menjadi lesu dengan bersenam
secara konsisten.
2.Mencapaiberat
badan unggul.
Aktiviti senaman membantu seseorang
membakar kalori dalam badan. Hal ini penting kerana membolehkan seseorang
mengawal berat badan dengan cara yang betul selain daripada kurang mengambil
makanan. Dengan bersenam secara konsisten, paras kolesterol yang normal dapat
dicapai.
3.MencegahPenyakit.
Senaman mampu menguatkan daya
tahan dan kekuatan tubuh badan supaya tidak mudah menghadapi penyakit
berjangkit dan berbahaya. Senaman juga dapat mengurangkan risiko penyakit
kanser. Selain itu, bersenam membolehkan seseorang menguatkan tulang belakang
dan otot perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh dan sekaligus dapat
mencegah sakit belakang.
4.Mengurangkan paras
tekanan (stress).
Semasa bersenam, kita berpeluang
untuk menenangkan fikiran dengan melakukan aktiviti yang berminat misalnya
berenang, berbasikal, mendaki gunung dan sebagainya.
5.Mengeratkan
hubungan.
Sekiranya bersenam bersama-sama
dengan ahli keluarga atau kawan-kawan, kita boleh berinteraksi dan berkongsi
maklumat sendiri dengan mereka. Secara tidak langsung, hubungan antara satu
sama lain dapat dieratkan.
6.Menggalakkan
berhenti dari merokok.
Aktiviti bersenam berupaya membantu
seseorang berhenti daripada tabiat merokok yang membahayakan kesihatan diri
sendiri dan orang lain. Hal ini demikian kerana senaman seperti itu akan
meningkatkan mood dan kesedaran serta tenaga. Ia dipercayai boleh menghilangkan
stres akibat ketagihan rokok.
Langkah-langkah Menjalankan Aktiviti Senaman
1.Warm up
Sesi ini dilakukan selama 5 hingga 10
minit dengan lari setempat atau berlari perlahan-lahan (slow jog).
2.Senaman Regangan
Warm up diikuti dengan senaman regangan ke atas semua
sendi dan otot badan; bermula daripada kepala hingga ke hujung kaki.
Kedua-dua sesi ini penting untuk memberi persediaan kepada jantung,
paru-paru, otot-otot dan sendi-sendi menerima tekanan semasa sesi senaman
sebenar.
3.Senaman Sebenar
Selepas itu lakukanlah apa jua senaman yang diminati untuk
sekurang-kurangnya selama 20 hingga 30 minit.
4.Cool Down
Setelah tamat sesi senaman, jangan lupa lakukan sesi
menyejukkan badan atau cool down. Hentikan senaman secara perlahan-lahan lalu
melakukan senaman regangan lagi ke atas semua otot-otot dan sendi-sendi. Senaman
ini perlu mula daripada hujung kaki hingga ke kepala. Dengan cara ini segala
asid yang terhasil semasa bersenam dapat dibuang, selain dapat mengelakkan
keletihan dan kesakitan otot. Maklumat Lanjut
Kesan-kesan
Tidak Menjalankan Aktiviti Senaman
1.PenambahanBerat Keterlaluan
Jika tidak bersenam, tubuh badan tidak berpeluang
membenarkan otot dan kalori untuk dibakar. Metabolisma juga akan menurun
sehingga menyebabkan badan menyimpan kalori sebagai minyak.
2.TahapKesihatan
Menurun
Kekurangan bersenam menatijahkan otot mengecil dan tubuh
menjadi lembik dan kita akan mudah berasa letih. Kehilangan stamina dan tenaga
juga akan berlaku.
3.Mengganggu Emosi
Bersenam boleh membantu tubuh anda melawan sebarang
penghasilan bahan kimia yang menjadi punca perasaaan dukacita. Jika berhenti
bersenam, seseorang berasa murung dan hilang keyakinan.
4.OtotMenggeleber
Otot akan bertukar kepada lemak apabila berhenti bersenam.
Hakikatnya, otot akan mula mengecil dan menggeleber meskinpun kita telah
mengurangkan pengambilan kalori dan berhenti bersenam.
Pemakanan sihat amat penting untuk membina tubuh badan yang sihat
daripada pelbagai aspek dalam kehidupan seharian. Pengambilan makanan yang
tidak seimbang akan mendatangkan banyak keburukan kepada seseorang sehingga
menjejaskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Oleh itu, kita perlulah
mempraktikkan pengamalan makanan yang berkhasiat dari semasa ke semasa.
Kepentinganmengamalkanpemakanansihat
1.Mengekalkan tubuh yang sihat.
Manusia yang menjaga aspek pemakanan akan mendapat fizikal yang lebih baik. Pembinaan tubuh badan yang kuat merupakan hasil daripada penerimaan semua keperluan zat yang diperlukan. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.
2. Menghindari penyakit yang berbahaya
Manusia yang mempraktikkan pemakanan seimbang akan mendapat khasiat yang secukunya. Selain itu, seseorang itu juga akan mempunyai tubuh badan yang lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit seperti strok, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
3.Mampu mengawal kadar obesity.
Manusia perlulah mengambil makanan dalam kualiti yang kecil
tetapi mempunyai khasiat yang cukup diperlukan oleh badan untuk menjaga
kesihatan diri. Pengawalan makanan menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu
gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutamanya
senaman yang mampu menyihatkan badan.
4.Mendapat otak yang cerdas.
Zat
makanan yang secukupnya membolehkan seseorang itu cerdas dan tidak mudah letih
dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu boleh
berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan
individu yang tidak seimbang daripada aspek pemakanannya.
Langkah-langkah Mengamalkan Pemakanan Sihat
• Kurangkanpengambilanmakananyang mengandungi gula, lemak atau garam yang tinggi.
Menjaga
kebersihan merupakan satu amalan yang penting dalam kehidupan kita. Lazimnya, kebersihan diri perlu
disemai sejak dari kecil lagi. Hal ini merupakan menjaga kebersihan membawa
pelbagai faedah kepada diri kita.
Kepetingan menjaga kebersihan diri
1.Kesihatan
kita terjamin
2.Membentuk
otat yang cergas
3.Membentuk
badan yang sihat
4.Disukai
oleh orang lain
5.Memberi
keselesaan hidup
Cara Menjaga Kebersihan Diri
1.Mandi
rutin 2 kali sehari, sehingga keringat, debu, dan kotoran tak menempel di
tubuh.
2.Keramas
2 hari sekali sehingga ketombe tak muncul, dan rambut selalu sehat serta kuat.
3.Mencuci
tangan sebelum dan sesudah makan, serta sehabis beraktivitas di luar.
4.Menyikat
gigi, membersihkan telinga, dan juga sela-sela tubuh yang sulit dicapai dengan
teliti.
5.Membersihkan
kamar mandi, setidaknya seminggu atau 2 minggu sekali.
6. Mencuci dan menjemur
pakaian secara teratur, terutama pakaian yang digunakan sehabis bepergian.
Rumusan
Amalan kebersihan haluslah dilaksanakan seiap masa supaya
terhindar daripada sebarang penyakit. Kita juga akan menjadi bangsa yang
sentiasa dihormati dan disanjungi tinggi dengan adanya pendedahan terhadap
kepentingan kebersihan. Justeru itu, konsep menjaga kebersihan peril disemai
dan diperturunkan daripada generasi ke generasi yang lain. Kata-kata hikmat, “Negara
Bersih,Rakyat Sihat; Badan Sihat, Otat Cergas”.
Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia yang mula
sedar akan kepentingan menjalani hidup sihat. Namun, masih terdapat antara kita
yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting. Oleh itu,
haruslah kita sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih
sejahtera supaya mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat
merupakan satu daripada syaratnya.
Tabiat Hidup Yang Sihat
1.Makan mengikut jadual.
·makan mengikuti Piramid Makanan.
·makan pada masa yang tepat.
·makan bersama keluarga.
·tidak menonton televisyen semasa makan.
2.Menjaga kebersihan persekitaran.
3.Atasi stress.
4.Pastikan rehat dengan cukup.
Tabiat Hidup yang Tidak Sihat
1. Merokok
2. Sering makan makanan ringan
3. Tidak cukup masa rehat dan masa tidur
4. Ketagihan
alkohol
5. Perlakuan seks bebas
6. Amalan tidak bersarapan pagi
Kesan Mengamalkan Tabiat Hidup yang Tidak Sihat
1. Obesiti
2. Menjejas Kesihatan Diri
3. Tidak disukai oleh orang lain
4. Pertumbuhan badan tidak dapat disempurnakan
5. Kahsiat badan kekurangan
#Oleh itu, kita perlu mengelakkan tabiat hidup yang tidak
sihat manakala mengmalkan tabiat hidup yang sihat.